Sunday, April 4, 2021

5 Pulau yang Seram di Dunia


5 PULAU YANG PALING SERAM DI DUNIA


1. PULAU POVEGLIA


Terletak di Italy & pernah menjadi tempat pelabuhan kapal dagang suatu ketika dahulu. Penduduk meninggal dunia disebabkan oleh wabak berbahaya (Black Plague). Pulau tersebut akhirnya digunakan sebagai tempat pembuangan mayat akibat daripada wabak penyakit tersebut. Horror kan!


2. PULAU BONEKA



Terletak di Mexico dan mempunyai kisah kanak-kanak yang mati lemas dijumpai di kawasan pulau tersebut. Patung yang digantung adalah untuk tenteramkan roh kanak-kanak tersebut yang menghantui kawasan itu. Dikatakan kepala & mata anak patung yang berada di situ boleh bergerak sendiri. Seram kan. 


3. PULAU HASHIMA



Pulau terbiar selama 40 tahun yang berbentuk kapal perang dikelilingi tembok laut. Lokasi di Jepun dan telah ditinggalkan sejak Perang Dunia ke III. Tahanan perang Jepun yang menjadi buruh paksa mati akibat keletihan, kebuluran serta sakit. Terdapat roh-roh tentera yang terkorban di kawasan tersebut. Memang menakutkan betul!


4. PULAU EASTER



Terletak di kawasan Lautan Pasifik Selatan dan  ada 887 patung batu gergasi menyerupai wajah manusia yang digelar "Moai'. Dikatakan sebagai lambang batu nisan ketua puak (Rupa Nui). Kononnya juga pulau tersebut dijaga oleh mahkluk mistik yang dipuja oleh mereka. Scary betul!


5. PULAU BARSA-KELMES



Nama Barsa-Kelmes bermaksud 'pergi dan takkan kembali' di Kazakhstan. Terdapat lagenda kuno menceritakan tentang pelarian yang hilang di Laut Aral semasa belayar di pulau tersebut. Masa yang berlalu di sana ibarat 1 jam bersamaan dengan 1 hari di daratan. Pulau ini juga bagaikan padang jarang padang terkukur. Dikatakan sudah tidak wujud lagi pulau ini di dalam peta dunia sejak 2009. Gerun bunyinya kan!


Jangan lupa visit our official web MERMATTE MALAYSIA untuk cerita indah2 cantik2 belaka..

Wednesday, March 31, 2021

Hotel yang ada Bath Tub Menarik Area Melaka

 

Melaka ada banyak hotel2 yang menarik dengan swimming pool yang best. This time nak expose hotel di melaka yang ada bath tub. Percutian lagi best, menarik and private tau. Lepak dalam shower room yang awesome! Lagi2 musim covid ni kan mesti cari hotel yang ada bath tub.

HOTEL DI MELAKA YANG ADA BATH TUB MENARIK


1. THE STERLING HOTEL






Tengok la bath tub dia tu. Da la cantik nampak mewah. Bole la nak berendam sambil layan netflix or berangan kejap dalam tu. Harga range untuk bilik yang ada bath tub ni dalam RM213. Kena rajin tengok date murah sebab harga turun naik. Sebab tu kena merancang awal kalau nak bercuti ni. Boleh book dekat agoda or booking.com untuk online booking ok..




2. THE PINES MELAKA






Bath tub dia comel tau and bilik air selesa. Boleh la nak rasa bercuti di tengah bandar yang sesak tapi selesa. Terletak di tengah bandaraya Melaka. Range harga RM168 and ada bilik yang ada private pool. Bangun2 terus terjun tapi kena share bilik sebelah laa ye hehe range harga bilik private pool ni dalam RM400 camtu laa. Bole search dekat agoda or booking.com sebab harga turun naik ikut masa and date. 
Mana tau bertuah dapat harga terendah cepat2 la book online ye.





3. MOTY HOTEL 









Bath tub dia quiet besar and room dia pon nice besar juga. Nampak je macam hotel biasa tau. Sekali siap ada inside pool ok. Cantik lak tu. Bukan hotel biasa2. Terletak dekat Bandar Hilir belakang Mahkota Prade je. Range harga bilik ada bath tub dalam RM141. Try book online cepat kalau nak harga murah. Google jerr. Recommended!




4. AMES HOTEL AYER KEROH MELAKA








Ames hotl ni terletak dekat area ayerkeroh. Hotel ni dalamnya nampak mewah sangat. Tengok la dalam bilik air dia. Pergh! Macam rumah jutawan tau! Bath tub dia pon boleh tahan besar. Sangat selesa ok! Swimming pool pon besar juga. Range harga dalam RM210 macam tu. Boleh tengok online dekat agoda or booking.com or lain2.




5. DOUBLE TREE BY HILTON








Pool dia tu best and tinggi. Orang gayat not recommended la berenang di tepian ye. Bath tub dia ikut range harga bilik la. Ada kecik besar and ada biasa and mewah. Bole tengok range harga dekat booking.com. Nak tengok harga murah turun naik boleh search dekat agoda ye. Ada juga agent tapi mahal sikit laa. 

Bath tub dia tu boleh menikmati pemandangan laut dan bandar melaka tau. Syok betul berendam tengok pemandangan. Tu kalau dapat bilik yang tinggi. Apepon bole request dekat customer servis they all. Range harga dalam RM160 dan ke atas untuk bilik bath tub best2 ni.





6. HATTEN PALACE MELAKA








Bestnyer la dapat bilik dekat Hatten palace ni. Hadap tepi laut tau. Lagi2 bath tub dia and swimming pool. Best sangat nak relax2 di tengah kota raya melaka. Recommended sangat. Kat tingkat atas sekali ada cafe sky bridge boleh sambung dengan Double Tree by Hilton. Sebelah2 je. Syok laa kat sini. Nak honeymoon recommended. 

Range harga hotel antara RM168 dan ke atas. Ada je bilik murah. Boleh search dekat agoda, booking.com, agent2 or website hotel yang lain. Kena pandai tengok date la. 



7. IMPERIO RESIDENCE MELAKA










IMPERIO RESIDENCE ni tempat menarik baru di Melaka. Berdekatan bersebelahan dengan Hatten Palace je. Menghadap laut semua biliknya. Setiap bilik design lain2 dan owner lain2 so kena cari agent yang open untuk sewa. Paling best sangat2 ada bilik yang ada open jakuzi. Wow! Tengok la gambar2 tu. Jatuh hati laa. Macam tak sabar nak bercuti kat sini. Range harga untuk ada jakuzi ni dalam RM450. Bilik tersangat luas boleh la nak share dengan family. Ada yang bilik ada bath tub biasa je and hot tub biasa je range dalam RM260. Ok la kan yang pasti semua menghadap laut. Syok tu!

Boleh book dekat SINI atau mana2 dekat google open untuk book. Setiap bilik owner lain2 ok. Kena pandai cari and booking room. 



Ni antara hotel2 dekat Melaka yang ada bath tub menarik. Ada banyak lagi tau hotel ada  bath tub menarik dekat Melaka. Jika uguys nak recommend kan boleh la share dekat komen ye. Sebelum bercuti kena la plan dulu, rancang and jangan lupa tengok ramalan cuaca. Kalau tak rugi laa tak dapat berenang di swimming pool hotel2 ni. Berenang dalam bath tub jela nanti. Nasib bath tub menarik tertarik the boom! Bercuti ikut masa dan bajet masing2 ok. Sementara tak boleh rentas negeri ni jomlah orang melaka naikkan hotel dan sektor pelancongan melaka. Check in dalam melaka je!