Sunday, April 4, 2021

5 Pulau yang Seram di Dunia


5 PULAU YANG PALING SERAM DI DUNIA


1. PULAU POVEGLIA


Terletak di Italy & pernah menjadi tempat pelabuhan kapal dagang suatu ketika dahulu. Penduduk meninggal dunia disebabkan oleh wabak berbahaya (Black Plague). Pulau tersebut akhirnya digunakan sebagai tempat pembuangan mayat akibat daripada wabak penyakit tersebut. Horror kan!


2. PULAU BONEKA



Terletak di Mexico dan mempunyai kisah kanak-kanak yang mati lemas dijumpai di kawasan pulau tersebut. Patung yang digantung adalah untuk tenteramkan roh kanak-kanak tersebut yang menghantui kawasan itu. Dikatakan kepala & mata anak patung yang berada di situ boleh bergerak sendiri. Seram kan. 


3. PULAU HASHIMA



Pulau terbiar selama 40 tahun yang berbentuk kapal perang dikelilingi tembok laut. Lokasi di Jepun dan telah ditinggalkan sejak Perang Dunia ke III. Tahanan perang Jepun yang menjadi buruh paksa mati akibat keletihan, kebuluran serta sakit. Terdapat roh-roh tentera yang terkorban di kawasan tersebut. Memang menakutkan betul!


4. PULAU EASTER



Terletak di kawasan Lautan Pasifik Selatan dan  ada 887 patung batu gergasi menyerupai wajah manusia yang digelar "Moai'. Dikatakan sebagai lambang batu nisan ketua puak (Rupa Nui). Kononnya juga pulau tersebut dijaga oleh mahkluk mistik yang dipuja oleh mereka. Scary betul!


5. PULAU BARSA-KELMES



Nama Barsa-Kelmes bermaksud 'pergi dan takkan kembali' di Kazakhstan. Terdapat lagenda kuno menceritakan tentang pelarian yang hilang di Laut Aral semasa belayar di pulau tersebut. Masa yang berlalu di sana ibarat 1 jam bersamaan dengan 1 hari di daratan. Pulau ini juga bagaikan padang jarang padang terkukur. Dikatakan sudah tidak wujud lagi pulau ini di dalam peta dunia sejak 2009. Gerun bunyinya kan!


Jangan lupa visit our official web MERMATTE MALAYSIA untuk cerita indah2 cantik2 belaka..

No comments:

Post a Comment