Wednesday, February 17, 2021

RESEPI TEMPURA FANTASTIC FISH CAKE CRISPY KRAPKRUPKRAP untuk Minum Petang

 Sekali sekala try resepi baru yang RARE tak salah kan untuk minum petang. Asyik keria gula melaka je. Lagi2 pisang goreng je. Jejemput pisang je. Kalini kita guna Fish Cake pula. Resepi ni actually belajar dari TIKTOK. Inspired by @AdikFoods. Simple je resepinya. Bahan semua of course ada dekat rumah je. Cuma lain dari yang lain. Agak pelik. Tapi, sangat sedap dan menarik tertarik gitu! If uguys stay at home, boleh la try resepi ni untuk minum petang ke or bole juga dinner. Sebab makan ni pon da kenyang tau. Biasa aktiviti Team Mermatte ni memang la masak memasak. So here antara resepi untuk makan petang santai2. Orang lelaki pon boleh buat. 


TEMPURA FANTASTIC FISH CAKE

Bahan2:

Fish Cake 8 biji(ikut la korang nak berapa paket)

Cili Padi Merah 5-6 ketul (ikut tahap kepedasan masing2)

Daun bawang di potong halus (1 genggam)

1/3 cup Tepung Gandum 

1/4 cup Tepung Jagung

Sedikit Lada Sulah

Sedikit Garam

1 1/2 Mayonis

1/2 cup Air Ais

Lidi

Untuk Sos:

3 sb Mayonis

1/4 cup Cili Sos

1/2 cup Air Panas

1/2 sb Kicap Manis

Sedikit hirisan Daun Sup or Daun Ketumbar


Cara2nya:

Fish cake tu haruslah di potong nipis2 bentuk kipas tapi bawah pastikan tak putus ok. Macam dalam gambar ni.







Lepas tu potong2 cili and daun bawang hiris kecik2 macam ni. Lepastu letak tepi kejap.


Dalam satu mangkuk sedang, masukkankan tepung gandum, tepung jagung, hirisan cili dan hirisan daun bawang tadi. Then masukkan sedikit lada sulah and garam. 


Kemudian, masukkan air ais. Pastikan air tu ada ais batu tau. Masukkan air sejuk2 betul tu. Ikut sukatan anggaran untuk adunan tepung tadi. 


Kemudian kacau2 gaul adunan sehingga adunan sebati dan tak ada ketulan2. 

Then, cucuk fish cake siap potong tadi dengan dua batang lidi. Gaulkan dalam adunan tepung tadi. Kacau2 sikit kasi meresap merata.


Lepas tu boleh la masuk dalam minyak yang tengah betul2 panas. Baru betul2 garing rangup.


Da terendam dalam 5s jari jemari fish cake tu (pastikan kembang kipas fish cake tu ye) terus lepaskan lidi dari fish cake. Biar terendam semua.Agak2 da separuh masak tu taburkan lagi adunan tepung tu merata. Bagi tambah2 rangup dia nanti. Goreng sampai garing..


Nampak tak kerawang dia bila da masak garing. Perghh! Terliur tengok.

Jom kita buah pencicah sos dia pula.

Campurkan mayonis, cili sos, air panas, kicap manis dan hirisan daun sup/ketumbar tadi. Gaul2 serata then siap.

Makan CRISPY Fish Cake Fantastik panas2 cicah pula sos homemade nih. Aummmm. Bersulamkan air teh O Panas. Sedapnyerr la!

Ya ampun! Telan air liur tengok nih.. Nak rasa kerangupan Crispy KRAPKRUPKRAP ni buat la. Senang sangat!

Gambar dan resepi by Tiktoker @adikfoods Gambar sendiri nanti update later sebab tak sempat nak bergambar haa..

Jangan lupa try okeh!




Nah video original kot2 la blur tak tahu nak buat macam mana. Boleh rujuk dari video.

Jika da try buat boleh la share dekat komen ye. And share link resepi rare ni dekat kawan2.

Thanks.



2 comments: