Thursday, February 18, 2021

TIPS Anak Cepat Matang dan Bijak Uruskan Emosi Diri : ILMU PARENTING

 

Bukan senang nak jadi Mak Ayah yang Hebat. Seorang mak ayah yang hebat pasti boleh lahirkan anak-anak2 yang hebat bukan? Jadinya, kita sebagai mak ayah haruslah belajar cara mendidik anak dengan cara yang hebat dan efektif. 



MAK AYAH YANG HEBAT LAHIRKAN ANAK YANG HEBAT

Mak ayah yang hebat mampu buat Emotion Coaching pada anak-anak. Contoh Emotion Coaching ni seperti :

❤ Didik anak urus rasa marah

❤ Didik anak kawal diri

❤ Didik anak fahami diri

❤ Didik anak kesan emosi negatif pada orang lain

❤ Didik anak jadi pendengar yang empati

❤ Didik anak jadi matang dan boleh independent

and banyak lagi la...

Mak ayah yang hebat juga kena pandai kawal emosi diri sendiri. Pastikan tangki emosi cukup untuk diri sendiri. Barulah boleh ajar anak2 untuk kawal emosi masing2. Jika tidak cukup tangki emosi sendiri, boleh cukupkan contoh nya  mak ayah ada 'Me Time' sendiri. Yang utama sekali, jaga solat. Sebab bila jaga solat, maka bijakla kita uruskan urusan lain, masa dan juga emosi. 

Jika anak2 aktif pula. Mak ayah pasti Stress dengan perangai anak2 kan. Sebab itu bertapa pentingnya belajar kawal emosi sejak kecil. Bila mak ayah hebat pandai kawal emosi. Macam mana perangai anak, pasti dapat kawal. Mak ayah kena tahu, anak2 aktif merupakan anak2 yang sihat. Lagi aktif dan lincah, lagi cergas mindanya. Mak ayah jangan lupa tingkatkan stamina diri juga ye. Barulah boleh layankan anak2 yang aktif tanpa stress..

Paling penting, mak ayah hebat yang boleh didik anak2 jadi matang dan bijak uruskan emosi diri. Anak yang matang sudah pasti lebih senang nak dengar kata, lebih mudah nak ajar anything dan sometimes they all berfikir di luar kotak. Bukan semua anak2 boleh begitu. Tapi, mak ayah haruslah didik dari kecil supaya they all terbiasa.

Sebelum nak didik anak jadi matang, kena didik anak dengar nasihat. Mungkin kita terlupa rules ni iaitu Connect before Correct. Sebelum nak betulkan anak kita (correct), kita kena betulkan ikatan hati kita dengan anak dulu (connect). 

Cara untuk Connect dengan anak :

💜 Spend masa berkualiti

💜 Pandai Kawal Emosi Diri

💜 Pandai hiburkan hati anak

💜 Banyakkan mendengar isi hati anak

dan banyak lagi


TIPS ANAK CEPAT MATANG dan BIJAK URUSKAN EMOSI DIRI

💝Asah Emotional Resilience anak kita

Emotional Resilience adalah ketahanan diri & emosi untuk berdepan apa saja cabaran.

Cara nak didik :

😍 Selalu support anak dalam apa jua perkara yang anak buat

😍 Selalu motivasi anak bukan masa dia down saja ok

😍 Puji jika anak gagal asalkan dia berani untuk terus mencuba lagi

😍 Pantau kualiti solat dan aktiviti anak

😍 Galakkan anak buat aktiviti lasak dan mencabar 

😍 Galakkan anak buat something new dari biasa

Jika mak ayah didik anak their Emotional Resilience ni, pasti anak anda akan berjaya bila besar nanti. Berjaya uruskan diri kehidupan dengan lebih baik. Anak akan matang, pandai bawa diri dan bijak uruskan emosi diri sendiri.


💝Didik anak untuk respect kita as their parents

Caranya kita kena ada 3 sifat ni ye mak ayah semua :

1. Firm - Ada prinsip dan buat apa yang kita cakap.

Contoh situasi : Jika anak2 sepahkan mainan. Then nak suruh anak2 kemas semula. Biasanya orang kita mesti akan cakap begini "Dik, kalau tak kemaskan mainan sekarang nanti mama buang mainan adik". If anak2 tak kemas, then mak ayah tak buat betul2 untuk buang mainan nya, lama2 anak akan hilang respect.

Cara betul : "Dik, 5 minit lagi kemas mainan adik ok. Nanti mama tolong kemas sama2. Mama bagi coklat kalau adik kemas. Kalau tak, no coklat for today ok" So if dia buat bagi dia coklat as appreciate dia. If dia tak kemas, jangan bagi coklat haritu je even dia melalak macam mana. Dia akan belajar sesuatu dari situ.

2. Stable - Emosi kita kena terkawal dan kita marah untuk mendidik, bukan melepas geram.

Kita marah dalam keadaan tegas. Bukan marah mengamuk atau naik hantu ye mak ayah. Pastikan kita bagitau anak2 sebab kita marah adalah untuk mendidik dan bagitau next jangan dia ulang lagi. Minta anak2 say Sorry! ok..

Jika emosi kita tak stable rasa nak lepas geram, better duduk dalam bilik kejap, jauh pandangan dari anak2 atau basuh muka dengan air. Itu cara kita boleh slowkan kemarahan kita.

3. Humility - Bila kita bersalah, kita mengaku yang kita salah dan say Sorry. Dari situ timbul rasa yakin anak pada wibawa kita. Anak akan more respect pada kita sebab diri kita. Turunkan ego jika ada buat salah depan anak even anak tak faham apepon lagi ok. Always ingat tu!

💝 Latih Sense of Responsibility anak kita

Contohnya : 

👧 Minta tolong anak kita tengokkan adik-adiknya

👧 Minta tolong anak kita tenangkan adiknya yang tengah meragam

👧 Minta tolong anak kita ajar adik beradiknya subjek pelajaran yang mudah mudah je

👧 Minta tolong si kakak ajar adiknya buang sampah tempat betul, tolong basuhkan tangan adik lepas makan and banyak lagi

💝 Jangan asyik Beralah dengan Anak

Anak asyik nak menang? Ini anak dalam fasa Egocentrism iaitu dia selalu nak menang & ikut cakap dia. 

Ni fasa akan memberontak dengan kita. Tak ikut cakap kita. If anak ikut cakap kita pula suruh duduk diam je, tak memanjat, tak menyepah dan tak berlari, itu akan terbantut kan perkembangan anak2 pula kan. Sebab anak2 kita akan berkembang dengan explore, experiment & experience dengan perkara sekelilingnya. So bersabarlah ye semua mak ayah jika anak2 di fasa ni.

Pastikan kita tak ikut kan aja anak menang. Especially bila anak under Egocentrism atau Tantrum.

Anak susah nak mengalah nanti. So mak ayah kena periksa:

-Ada tak kita selalu bagi anak menang & bagi semua yang di minta?

Kalau ada hati-hati! Anak mungkin ada Rejection Intolerance. 

Apa itu Rejection Intolerance?

- Asyik nak menang je?

-Tak boleh terima kekalahan

- Mudah down dengan ujian hidup

- Mengamuk apabila tak dapat apa yang dia nak

Sebab tu pentingnya belajar ilmu parenting yang betul ye mak ayah supaya dapat handle anak2 situasi begini.


💝 Sentiasa bawa anak berinteraksi dengan orang yang pandai bercakap dan uruskan hal

Kadang2 bila kita bawa anak2 kita pergi berniaga, jumpa client dengan kerap. Pasti anak2 akan terbiasa dengan cara dan gaya orang berniaga. Dari situ anak pandai belajar dengan apa yang dilihat dan dengar. 

Jadi, didik anak untuk sentiasa berinteraksi dengan pelbagai orang dan belajar sesuatu dengan orang yang mahir uruskan hal atau orang yang lebih matang dari kita as parents.

Biasanya anak2 akan lebih selesa belajar dengan atuk nenek dia la kan. Dan kena juga pantau and berinteraksi dengan anak.

Boleh juga soal jawab dengan sediakan soalan dan jawapan yang betul bersesuaian dengan anak. Supaya anak lebih terdedah dengan soalan2 begitu dan lebih berfikir.

Contoh : Kenapa kita kena bersedekah? Jawapan : Jika kita bersedekah, kita boleh bantu orang yang susah dan kita akan dapat rezeki lebih lagi. 

Bahagiakan anak2 kita, emosi diorang pasti ok. Pernah dengar tak, Happy Kiddos Happy Mom. 

(Kenapa Mom? Sebab biasa yang terlebih emosi ni mak2 la kan. Bapak relax cool je. Tapi bapak jangan tak ambil tahu langsung ye pasal anak2.)


Dari situ pula kita boleh ajar anak kita Altruistic Giving.

Caranya iaitu  kita ajar anak kita untuk memberi & bersedekah barang kepunyaan sendiri pada orang yang miskin & memerlukan. 

Ni terbukti dari kajian tau:

'Kids seemed happier giving than receiving, and they displayed the highest levels of happiness when they gave away their own treats (Aknin et al 2015)'

So, mak ayah, nak jadi hebat untuk anak2 hebat bukan senang. Tapi, apa yang boleh kita lakukan adalah give the best untuk anak2 dan pastikan dengan ilmu parenting yang betul ye. 

Da tau, jangan lupa praktikkan, try stablekan emosi diri dulu untuk pantau emosi anak. If ilmu bermanfaat boleh mohon share. If nak share something boleh komen ok.

Thanks.

2 comments:

  1. Tq cikgu atas sharing ilmu parenting ❤️

    ReplyDelete
  2. Bestnyer tips ni. Kena kawal emosi diri sendiri dulu la lepas ni hehe

    ReplyDelete