Showing posts with label vitamin c. Show all posts
Showing posts with label vitamin c. Show all posts

Thursday, March 4, 2021

Whitening Drip atau Cucuk Vitamin C Menjadi Trend Kini 2021

 

Kajian di Malaysia menunjukkan tiga suku lelaki di Malaysia menganggap pasangan mereka lebih menarik dan cantik sekiranya mereka berkulit cerah. Mereka juga meletakkan standard kecantikan sebagai Pan Asia. 


Whitening Drip 

Dengan ini, akibat obses dengan berkulit putih, kini di Malaysia menjadi trend Whitening Drip atau Cucuk Vitamin C. Suntikan Vitamin C ini dipercayai akan beri effect putih cerah dalam masa 24 jam. Kesan cerah yang begitu drastik dan cepat ini, membuatkan para wanita di Malaysia dan ada certain lelaki juga buat, menjadi teruja untuk memutihkan kulit masing2. Suntikan Vitamin C ini dikatakan putih kekal jika kerap di suntik. Kebiasaan khidmat suntikan termasuk ubat Vitamin C ini pakejnya dalam RM170-RM200.


Cucuk Vitamin C


Suntikan Vitamin C ni menjadi Viral sejak 2016 ini semua gara2 bermula dengan certain selebriti dikatakan menyuntik Vitamin C kerana perubahan kulit putih kekal yang drastik. Berikutan itulah masyarakat teruja untuk mencuba sendiri suntikan Vitamin C. Sekarang da 2021, semakin ramai yang memiliki kulit cerah dan putih dengan drastik dan putih tu kekal. Ini gara2 banyak khidmat suntikan Vitamin C kini dan menjadi viral. Adik2 muda remaja juga turut terjebak. Ini semua obses dengan kulit cerah putih kekal.


Vitamin C

Vitamin C sebenarnya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan terutamanya dalam buah-buahan dan sayur-sayuran berdaun atau dibuat secara sintetik juga digunakan dalam pencegahan dan rawatan skurvi. Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik digunakan sebagai antioksidan untuk makanan. Kandungan vitamin C epidermis adalah lebih tinggi daripada dermis. Selain itu, vitamin C dalam kulit dipindahkan melalui aliran darah. Pengambilan suplemen oral dengan vitamin C berkesan meningkatkan tahap vitamin C dalam kulit. Penuaan dan peningkatan usia serta keadaan sekeliling boleh membuatkan Vitamin C semakin berkurangan di dalam kulit.

Tanpa jumlah vitamin C yang mencukupi, tubuh tidak akan dapat menyimpan dan membentuk kolagen dengan sempurna. Ini menjadikan vitamin C sebagai satu kewajipan kerana ianya dapat membantu tubuh mensintesis kolagen yang memberi faedah kepada kuku, rambut, kulit dan sebagainya.

Namun kaedah yang lebih efektif adalah dengan menyuntik terus vitamin C ke dalam saluran darah (Intravenous/IV). Tetapi tiada lagi kajian yang mengatakan kepekatan Vitamin C pada kulit menjadi lebih tinggi setelah pemberian suntikan Vitamin C.

Kita hanya boleh lihat kulit memang akan dapat perubahan drastik dari segi pemutihan dan kulit tegang. Untuk Vitamin C digalakkan makan atau pengambilan oral. Suntikan Vitamin C ini juga haruslah dengan dos yang bersesuaian dan tidak terlalu kerap ini kerana boleh merosakkan buah pinggang sendiri. Buah pinggang akan bekerja lebih masa untuk dialisis darah dan kesan ubat yang di suntik masuk dalam darah. Pastikan banyakkan minum air masak dan jika ingin buat suntikan Vitamin C kata mereka disarankan buat dua minggu sekali minima. Kajian menystakan suntikan IV ni tidak diluluskan di Malaysia.  Apepon refer pada doktor pakar dulu ye. Takut ada side effect lain sebab banyak kes da jadi disebabkan di suntik dari ubat yang tidak diketahui sumbernya, dos nya dan disuntik oleh mereka yang tiada pengalaman.


Contoh antara produk Whitening Drip yang biasa digunakan ialah Set Cindella, Japan Platinum & Premium Whitening Cinderella Doll

Bahan lain yang disuntik dalam badan :

Tranexamic

Untuk mendapatkan kesan pemutihan yang segera, ramai yang cuba menyuntik bahan yang dipercayai sebagai kolagen, antioxidant dan vitamin. Namun, sebenarnya terdapat bahan lain yang terkandung dalam suntikan tersebut antaranya adalah tranexamic acid. Tranxenamic ini sebenarnya digunakan untuk merawat pendarahan semasa haid. Ianya mempunyai fungsi untuk melambatkan pembekuan darah. Selain itu, bahan ini bukanlah ubat untuk menghentikan terus kitaran haid malahan ianya juga bukan ubat untuk cegah kehamilan.


Glutathione



Bahan seterusnya yang selalu disuntik ke dalam badan kerana dipercayai akan memutihkan kulit adalah gluthathione. Suntikan gluthathione merupakan salah satu bahan yang terkenal untuk memutihkan kulit di eropah yang dicanangkan oleh Doktor NaturopathyGluthathione merupakan bahan yang dihasilkan secara semulajadi oleh hati manusia. Ia juga terdapat dalam buah-buahan, sayur dan daging. Bahan ini digunakan untuk merawat katarak dan glaukoma (penyakit mata). Selain itu, gluthatione mempunyai banyak fungsi lain seperti mencegah penuaan, merawat, mencegah alkohol, asma, kanser, penyakit jantung, hepatitis, penyakit hati dan parkinson. Gluthatione juga digunakan untuk mengekalkan sistem pertahanan badan (sistem imun) dan merawat keracunan dadah.


Kolagen


Di samping itu, untuk putih dan gebu, suntikan kolagen juga turut digunakan. Kolagen adalah protein yang paling banyak terdapat di dalam tulang, otot, kulit dan tendon dalam tubuh manusia. Kolagen terbahagi kepada dua iaitu kolagen endogen dan kolagen eksogen. Kolagen endogen adalah jenis kolagen semulajadi, disintesis oleh badan manakala kolagen eksogen adalah sintetik. Ia datang dari sumber luar seperti makanan tambahan.

Kolagen endogen mempunyai beberapa fungsi penting seperti kerosakan, patah atau kekurangan yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Manakala kolagen eksogen digunakan untuk tujuan perubatan dan kosmetik termasuk pembaikan tisu badan.

Sesetangah kolagen bertindak sebagai pelindung kepada organ dalam badan seperti buah pinggang. Dengan peningkatan usia, badan akan kurang menghasilkan kolagen. Kulit juga akan membentuk kedutaan manakala tulang dan sendi akan menjadi lemah. Golongan wanita akan mengalami penurunan drastik dalam penghasilan kolagen selepas monopos (putus haid).

Kolagen merupakan sesuatu yang boleh menyerap. Ini bermakna ianya boleh dipecahkan, ditukar dan diserap semula ke dalam badan. Kolagen yang digunakan untuk tujuan perubatan boleh berasal dari mnusia, lembu, babi, ikan atau biri-biri. 

Dalam dunia kecantikkan, kolagen didakwa boleh membaiki kulit dan menghilangkan garis kedutan di muka. dikatakan mampu menyembuhkan luka dengan menarik sel kulit baru ke tempat yang terluka. Ia menggalakkan penyembuhan dan menyediakan platform untuk pertumbuhan tisu baru.


Nak sihat, putih, cantik janji selamat okeh!



Nak PUTIH KEKAL CEPAT cara selamat EFEKTIF dan BERPATUTAN boleh CONTACT ME

Jangan lupa share ilmu yang bermanfaat nih! Thanks.

Wednesday, March 3, 2021

Fungsi Setiap Vitamin pada Tubuh Badan & Kulit Muka by MERMATTE

 Vitamin sangat penting untuk keperluan badan dalam dan untuk kulit. Tanpa vitamin, kita mungkin terdedah dengan penyakit plus imunisasi badan akan jadi lemah. Kita digalakkan ambil Vitamin2 ni setiap hari dengan dos dan kuantiti ikut keperluan badan masing2.

Antara Vitamin yang sangat penting untuk badan dan kulit kita ialah Vitamin A, Vitamin B3, Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin K.

Fungsi Setiap Vitamin pada Tubuh Badan & Kulit Muka

Vitamin A


Vitamin A mengandungi banyak antioksidan salah satunya betakaroten. Ia merupakan salah satu jenis karotenoid dalam Vitamin A yang terdapat pada sayur dan buah. Sebab tu jika ada Vitamin A yang secukupnya, kita pasti kelihatan awetmuda dan bertenaga seperti remaja. Contoh Vitamin A: Lobak Merah, Keju, Cili Benggala, Sayuran Hijau, Brokolli, Buah Oren, Telur Ayam dan banyak lagi.

Vitamin B3


Niacinamide merupakan salah satu bentuk Vitamin B3. Tubuh boleh memproduksikan nya ketika mengambil niacin dalam jumlah yang lebih besar dari yang sepatutnya ambil. Vitamin B3 ni sangat bagus untuk badan dan terutamanya kulit untuk dapatkan kulit yang tegang, sihat dan warna kulit sekata. Nak kulit cantik, boleh consume Vitamin B3 selalu ye. Contoh Vitamin B3 : Buah epal, oren, buah2 dari negara sejuk, bijirin, kekacang, buah kiwi, labu, oat dan banyak lagi.

Vitamin C


Vitamin C terdapat banyak manfaat antaranya untuk membantu tubuh untuk mengeluarkan kolagen, iaitu protein yang sangat diperlukan untuk membantu mencegah penuaan atau kedutan pada kulit, elok juga untuk penyembuhan luka, cantikkan kulit dan kelihatan jauh awetmuda.

Kebanyakan produk terdapat Vitamin C. Seeloknya dapatkan Vitamin C semulajadi seperti buah oren, tomato, buah kiwi, kobis, pisang, cili benggala, brokolli, buah anggur, bawang putih, lemon dan lain2.

Vitamin E


Vitamin E adalah nutrien dan antioksidan yang penting untuk improvekan tekstur kulit dan juga organ dalaman. Ia membantu meneutralkan radikal bebas, yang merosakkan sel dan mungkin menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Siapa amalkan Vitamin E setiap hari, akan bekalkan tenaga luar biasa, kulit lebih sihat setiap hari dan jarang terkena penyakit bahaya.

Contoh Vitamin E : Buah zaitun, minyak olive, bijirin, kekacang, telur, sayuran hijau.

Vitamin K


Vitamin K membantu meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel dan mungkin menyumbang kepada penyakit kardiovaskular, kanser dan penyakit lain. Biasa yang selalu ambil Vitamin K, akan berasa bertenaga, cergas dari biasa, jarang terkena penyakit atau jatuh sakit, dan susah nak cepat letih.

Contoh Vitamin K : Sayuran Hijau, avocado, buah plum, kacang peas, asparagus dan lain2.


So, jika anda nak badan yang sihat, cergas bertenaga, muka awetmuda, kulit cantik, sihat je dan bebas penyakit. Pastikan banyak ambil Vitamin A, Vitamin B3, Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin K. Seeloknya ambil Vitamin2 ni dari sumber semulajadi yang tiada campuran bahan kimia lain. Banyakkan makan sayuran hijau, buahan2 segar tempatan atau import. Sayuran dan buahan berkhasiat WAJIB dimakan setiap hari dalam kuantiti yang banyak lebih dari sumber karbohidrat masing2.


Jangan lupa share ilmu bermanfaat. Jom awetmuda, sihat dan cantik sentiasa! Kita amalkan sama2.Semoga dijauhi dari sebarang penyakit yang berbahaya. Amin..


Sunday, February 28, 2021

CARA NAK PULIHKAN MUKA BREAKOUT AKIBAT SALAH GUNA PRODUK

 

Memang stress bila muka breakout dan penuh jerawat kan. Terus hilang keyakinan diri. Rasa malu nak keluar lagi2 on public.

Banyak sekarang produk tempatan yang mengandungi bahan2 kimia yang berbahaya. Dan ramai juga tidak berani stop setelah mencuba sebab takut muka breakout jika berhenti. ITU PASTI TERJADI JIKA KITA STOP DARI PENGGUNAAN PRODUK YANG ADA BAHAN KIMIA BERBAHAYA!

HATI@ SEMUA! Produk yang ada bahan kimia bahaya ni akan buatkan kita ada penyakit kanser di masa akan datang kerana kimia2 berbahaya tu akan terserap masuk ke dalam organ dalaman. Better STOP sekarang kalau tak lagi lama lagi susah.


NAK CANTIK MEMANG TAKE TIME. Pastikan ikut penjagaan muka yang betul dan tiada jalan pintas untuk cantik cara selamat!

Jika anda nak stop dan takut muka breakout, ini antara step yang anda boleh follow. Stop slow2 supaya muka tak breakout dengan teruk ok.

1. ANTIBIOTIK

DOXIE PILLS

First sekali, wajib makan antibiotik. Ini untuk matikan bakteria dalaman dari terus merebak. Malas nak pergi klinik rawatan kulit boleh beli sendiri di SHOPE atau FARMASI. Pilih antibiotik yang quiet sesuai untuk halang bakteria jerawat naik ke muka. Antaranya Doxycillin atau Tidact Pills.

2. ANTIBAKTERIA KRIM



Ini untuk elakkan bakteria terus merebak di atas permukaan kulit. Biasanya jerawat akan merebak seluruh kulit muka. Dalam makan antibiotik and luaran sapu la krim antibakteria contohnya macam CLINDAMYCIN atau TIDACT CREAM. 

3. KRIM ANTI JERAWAT



Krim Anti Jerawat juga penting lagi2 sapu dekat jerawat yang tengah aktif dekat kulit muka. Memang efektif dan bantu kecutkan jerawat. Contohnya Nixoderm dan Benzoic Acid 5%. Boleh juga letak Acne Patch. Tapi kalau banyak sangat better letak Nixoderm. Pilih salah satu time nak sapu tu. Jangan campur atau boleh selang seli kan penggunaan ok.

4.ANTI PARUT



Jerawat da kecut tu cepat2 letak kan anti parut. Ini untuk elakkan parut melekat lama dekat wajah. Boleh bantu pudarkan parut. Contoh macam NB Acne Cream yang ada antiseptik, Salicyclic Acid 2% by The Ordinary yang sangat elok cerahkan parut dan ClearProof MaryKay Acne Spot Solution yang elok sangat bantu cerahkan dark spot dekat kulit. Salicyclic acid tu boleh campur dengan ClearProof tu and memang elok. NB Cream tu boleh pakai selang seli.

5. STEMCELL


Rawatan STEMCELL yang cucuk ni memang sangat bantu pulihkan kulit yang tengah breakout. Segala jerawat aktif boleh kecut terus onthespot. Dan rawatan ini juga untuk pinkishkan kulit, merawat kulit, putihkan kulit dan juga menghalang jerawat dari tumbuh semula di parut atau tempat sama. Nak dapatkan rawatan ni boleh direct CHANTEQGOJESBEAUTYMELAKA

Untuk stemcell minum2 ni better cari yang mahal dan tengok kandungan efektif dia. Better dapatkan nasihat pakar kulit malaysia..

5. RAWATAN FACIAL & DERMAPEN

Rawatan facial ni memang wajib dapatkan time muka tengah breakout. Ini untuk elakkan breakout tu lagi teruk dan menyeluruh. Buatla rawatan yang bersesuaian dengan keadaan kulit seperti facial laser atau berkaitan dengan acne. 

DERMAPEN pula digalakkan ketika muka hanya tinggal parut je dan tidak ada jerawat aktif lagi. Jika tidak, nanti darah kotor dari jerawat aktif akan merebak di seluruh muka dan jadi makin teruk nanti lepas dermapen. Dapatkan nasihat Beauty Consultant nearby uolls ok.

6. SKINCARE yang BETUL

Pilih skincare yang betul dan selamat. Sebelum try buat Patch Test dulu selama 24-48 jam iaitu sapu di bahagian bawah rahang, nadi tangan dan kawasan lengan atas siku. Jika ada gatal2 maka skincare tu tak sesuai. Jika ok boleh teruskan dan pastikan tidak menukar skincare lain dalam masa 4 bulan. 

Seeloknya cari skincare untuk acne seperti CETAPHIL CLEANSER dan CLEARPROOF MARYKAY CLEANSER.


Boleh dapatkan nasihat dari doktor pakar kulit atau beauty consultant berpengalaman untuk pemilihan skincare yang betul dan bersesuaian.
Pastikan cari yang gentle cleanser untuk merawat kulit secara lembut.

7. VITAMIN C

WAJIB makan VITAMIN C. Tak kesah la jenama apa, murah ke mahal. Janji vitamin C ni memang bantu pulihkan tekstur kulit yang rosak dari dalam.



Boleh cari GLUTAB ke yang ada campur sekali GLUTATHIONE untuk mencerahkan kulit dan merawat kulit dengan lebih cepat. Boleh survey di WATSON. Pastikan sehari ambil 500-1000mg saja ok. Seeloknya jarakkan dengan pengambilan antibiotik, sebarang ubatan lain dalam masa 2 jam. 

8. DETOX



Pastikan juga WAJIB minum air 2-3L sehari. Dan sekali sekala minum air detox 2-3 kali seminggu untuk bantu buang toksin bahan kimia yang kita sapu dari skincare salah sebelum ni. 
Boleh juga pakai FOOTPATCH untuk bantu buang toksin dengan cepat.



Jika tidak detox, kulit akan tumbuh jerawat untuk buang toksin dari muka. So better kita buang toksin cepat2 dan banyakkan minum air and buang air kecil.

9. REHATKAN KULIT MUKA

Seeloknya tidak ada sebarang make up ketika kulit tengah breakout untuk bantu cepatkan proses pemulihan. Jika nak keluar boleh la guna concealer yang ada kandungan selamat tanpa paraben seperti ELIANTO. Jika nak pakai foundation cari yang bebas paraben oil-free seperti foundation dari MERMATTE.

Dapatkan Foundation MERMATTE dengan YANA



Semoga kita dapat kulit yang sihat, licin, glowing dan cantik. 
Jika ilmu ni membantu masalah breakout uolls. Boleh share dekat kawan2. Komen di bawah ok.
Thanks.