Kajian di Malaysia menunjukkan tiga suku lelaki di Malaysia menganggap pasangan mereka lebih menarik dan cantik sekiranya mereka berkulit cerah. Mereka juga meletakkan standard kecantikan sebagai Pan Asia.
Dengan ini, akibat obses dengan berkulit putih, kini di Malaysia menjadi trend Whitening Drip atau Cucuk Vitamin C. Suntikan Vitamin C ini dipercayai akan beri effect putih cerah dalam masa 24 jam. Kesan cerah yang begitu drastik dan cepat ini, membuatkan para wanita di Malaysia dan ada certain lelaki juga buat, menjadi teruja untuk memutihkan kulit masing2. Suntikan Vitamin C ini dikatakan putih kekal jika kerap di suntik. Kebiasaan khidmat suntikan termasuk ubat Vitamin C ini pakejnya dalam RM170-RM200.
Cucuk Vitamin C
Suntikan Vitamin C ni menjadi Viral sejak 2016 ini semua gara2 bermula dengan certain selebriti dikatakan menyuntik Vitamin C kerana perubahan kulit putih kekal yang drastik. Berikutan itulah masyarakat teruja untuk mencuba sendiri suntikan Vitamin C. Sekarang da 2021, semakin ramai yang memiliki kulit cerah dan putih dengan drastik dan putih tu kekal. Ini gara2 banyak khidmat suntikan Vitamin C kini dan menjadi viral. Adik2 muda remaja juga turut terjebak. Ini semua obses dengan kulit cerah putih kekal.
Vitamin C
Vitamin C sebenarnya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan terutamanya dalam buah-buahan dan sayur-sayuran berdaun atau dibuat secara sintetik juga digunakan dalam pencegahan dan rawatan skurvi. Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik digunakan sebagai antioksidan untuk makanan. Kandungan vitamin C epidermis adalah lebih tinggi daripada dermis. Selain itu, vitamin C dalam kulit dipindahkan melalui aliran darah. Pengambilan suplemen oral dengan vitamin C berkesan meningkatkan tahap vitamin C dalam kulit. Penuaan dan peningkatan usia serta keadaan sekeliling boleh membuatkan Vitamin C semakin berkurangan di dalam kulit.
Tanpa jumlah vitamin C yang mencukupi, tubuh tidak akan dapat menyimpan dan membentuk kolagen dengan sempurna. Ini menjadikan vitamin C sebagai satu kewajipan kerana ianya dapat membantu tubuh mensintesis kolagen yang memberi faedah kepada kuku, rambut, kulit dan sebagainya.
Namun kaedah yang lebih efektif adalah dengan menyuntik terus vitamin C ke dalam saluran darah (Intravenous/IV). Tetapi tiada lagi kajian yang mengatakan kepekatan Vitamin C pada kulit menjadi lebih tinggi setelah pemberian suntikan Vitamin C.
Kita hanya boleh lihat kulit memang akan dapat perubahan drastik dari segi pemutihan dan kulit tegang. Untuk Vitamin C digalakkan makan atau pengambilan oral. Suntikan Vitamin C ini juga haruslah dengan dos yang bersesuaian dan tidak terlalu kerap ini kerana boleh merosakkan buah pinggang sendiri. Buah pinggang akan bekerja lebih masa untuk dialisis darah dan kesan ubat yang di suntik masuk dalam darah. Pastikan banyakkan minum air masak dan jika ingin buat suntikan Vitamin C kata mereka disarankan buat dua minggu sekali minima. Kajian menystakan suntikan IV ni tidak diluluskan di Malaysia. Apepon refer pada doktor pakar dulu ye. Takut ada side effect lain sebab banyak kes da jadi disebabkan di suntik dari ubat yang tidak diketahui sumbernya, dos nya dan disuntik oleh mereka yang tiada pengalaman.
Contoh antara produk Whitening Drip yang biasa digunakan ialah Set Cindella, Japan Platinum & Premium Whitening Cinderella Doll.
Bahan lain yang disuntik dalam badan :
Tranexamic
Untuk mendapatkan kesan pemutihan yang segera, ramai yang cuba menyuntik bahan yang dipercayai sebagai kolagen, antioxidant dan vitamin. Namun, sebenarnya terdapat bahan lain yang terkandung dalam suntikan tersebut antaranya adalah tranexamic acid. Tranxenamic ini sebenarnya digunakan untuk merawat pendarahan semasa haid. Ianya mempunyai fungsi untuk melambatkan pembekuan darah. Selain itu, bahan ini bukanlah ubat untuk menghentikan terus kitaran haid malahan ianya juga bukan ubat untuk cegah kehamilan.
Glutathione
Bahan seterusnya yang selalu disuntik ke dalam badan kerana dipercayai akan memutihkan kulit adalah gluthathione. Suntikan gluthathione merupakan salah satu bahan yang terkenal untuk memutihkan kulit di eropah yang dicanangkan oleh Doktor Naturopathy. Gluthathione merupakan bahan yang dihasilkan secara semulajadi oleh hati manusia. Ia juga terdapat dalam buah-buahan, sayur dan daging. Bahan ini digunakan untuk merawat katarak dan glaukoma (penyakit mata). Selain itu, gluthatione mempunyai banyak fungsi lain seperti mencegah penuaan, merawat, mencegah alkohol, asma, kanser, penyakit jantung, hepatitis, penyakit hati dan parkinson. Gluthatione juga digunakan untuk mengekalkan sistem pertahanan badan (sistem imun) dan merawat keracunan dadah.
Kolagen
Di samping itu, untuk putih dan gebu, suntikan kolagen juga turut digunakan. Kolagen adalah protein yang paling banyak terdapat di dalam tulang, otot, kulit dan tendon dalam tubuh manusia. Kolagen terbahagi kepada dua iaitu kolagen endogen dan kolagen eksogen. Kolagen endogen adalah jenis kolagen semulajadi, disintesis oleh badan manakala kolagen eksogen adalah sintetik. Ia datang dari sumber luar seperti makanan tambahan.
Kolagen endogen mempunyai beberapa fungsi penting seperti kerosakan, patah atau kekurangan yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Manakala kolagen eksogen digunakan untuk tujuan perubatan dan kosmetik termasuk pembaikan tisu badan.
Sesetangah kolagen bertindak sebagai pelindung kepada organ dalam badan seperti buah pinggang. Dengan peningkatan usia, badan akan kurang menghasilkan kolagen. Kulit juga akan membentuk kedutaan manakala tulang dan sendi akan menjadi lemah. Golongan wanita akan mengalami penurunan drastik dalam penghasilan kolagen selepas monopos (putus haid).
Kolagen merupakan sesuatu yang boleh menyerap. Ini bermakna ianya boleh dipecahkan, ditukar dan diserap semula ke dalam badan. Kolagen yang digunakan untuk tujuan perubatan boleh berasal dari mnusia, lembu, babi, ikan atau biri-biri.
Dalam dunia kecantikkan, kolagen didakwa boleh membaiki kulit dan menghilangkan garis kedutan di muka. dikatakan mampu menyembuhkan luka dengan menarik sel kulit baru ke tempat yang terluka. Ia menggalakkan penyembuhan dan menyediakan platform untuk pertumbuhan tisu baru.
Jangan lupa share ilmu yang bermanfaat nih! Thanks.
No comments:
Post a Comment