Saturday, March 27, 2021

TIPS PUTIHKAN GIGI CARA NEELOFA

 

TIPS PUTIHKAN GIGI CARA NEELOFA


Ramai orang yang inginkan gigi putih bersinar. Tetapi tidak semua tahu kaedah tradisional yang terbukti lebih berkesan berbanding kaedah moden yang banyak menggunakan peralatan canggih. Gigi anda pasti tampak lebih putih berseri selepas mengamalkan tips berikut mengikut cara Neelofa.


1. Gunakan Tepung Soda Bikarbonat


Tepung ini adalah agen pemutihan gigi semula jadi selain bertindak membersihkan gigi anda. Apa yang anda perlu buat adalah sediakan pes tepung berkenaan yang dicampurkan dengan ais dan secubit garam. Berus gigi anda menggunakan pes ini selama satu minit dan bilas mulut selepas itu. Lakukan selama dua kali seminggu.


2. Berkumur Selepas Makan


Sisa makanan akan melekat di celah gigi selepas anda menghabiskan hidangan. Cuba berkumur dengan secukupnya untuk membuang sisa terbabit. Cara ini boleh mengelakkan kotoran atau gigi berlubang. Gigi anda akan tampak lebih berseri dan bebas daripada kotoran.


3. Makan Makanan Rangup


Buah-buahan seperti epal mempunyai asid malik, bahan kimia yang sebenarnya kerap digunakan ketika pemutihan gigi. Sayuran seperti brokoli dan lobak juga agen pemutih gigi semula jadi. Makanan ini boleh mengasingkan gula dan bahan kimia yang menyebabkan kotoran dan kaviti.


4.. Makan Kismis


Kismis mempunyai kelebihan sama seperti sayuran rangup. Ia membantu meningkatkan kadar pengeluaran kelenjar air liur. Pengambilan kismis yang berterusan boleh menghilangkan plak pada gigi dan menghalang daripada terus menjangkiti gigi.


5. Gunakan Strawberi


Cuba gosokkan buah strawberi pada gigi selama seminit. Strawberi bertindak sebagai agen pemutihan semula jadi pada gigi. Tapi jangan lupa memberus gigi selepas proses itu kerana strawberi juga mengandungi asid dan gula yang boleh merosakkan gigi.


6. Jadikan Susu dan Yogurt sebagai Diet Harian


Pengambilan susu dan yogurt boleh menjadikan gigi tampak berkilau dan bebas daripada kaviti. Ini berlaku kerana mineral seperti kalsium dan fosforus yang terdapat dalam minuman itu membantu menguatkan enamel pada gigi.


7. Ambil Sekeping Keju Selepas Makan



Selepas menghabiskan hidangan, jangan lupa makan sekeping keju. Pelik tapi benar, pengambilan keju selepas makan dapat menghalang gigi daripada rosak dan menggalakkan pemprosesan enamel yang menjadikan gigi bersinar.


Jangan lupa amalkan gaya tradisional. Lebih terbukti berkesan, selamat dan mudah nak dapat lagi jimat kos!

Jangan lupa share jika ilmu ini bermanfaat ya!

1 comment:

  1. Wahhh😘info yang sangat berguna, jimat kos ,bahan yng mudah untuk kita cari 🥰tq cikgu hot

    ReplyDelete