MasyaAllah! Banyaknya dengar kes kawin cerai ni. Yang paling sedih usia perkahwinan tak sampai 4-5 tahun pon lagi. Ramai yang bercerai. Ada yang sebab2 kecil je jadi punca perceraian. MasyaAllah! Minta dijauhkan la ye.
Yela. Bila da jadi suami isteri ni, masing2 kena jalankan tanggungjawab la. Paling besar tanggungjawab si suami sebab suami kena bimbing isteri dan sama2 saling bertolak ansur.
Ini antara TIPS BERKESAN UNTUK KEKALKAN HUBUNGAN MESRA SUAMI ISTERI BERTAHUN2
1. Sentiasa share masalah.
Suami isteri haruslah share masalah each other. Jangan pernah berahsia even berat masalah tu sekalipon. Mana tau dengan share masalah at least dapatlah kurangkan tekanan bebanan masalah tu. So tak adalah pendam lepas tu stress then nanti mengamuk tak tentu pasal kan. Better share. Msti lega. Pasangan pon mana tau boleh bagi idea untuk selesaikan masalah tu. Siapa tahu kan. Tak ada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya.
2. Share rezeki bersama.
Diutamakan untuk suami sentiasa share rezeki dekat isteri dan juga anak2. Jangan pernah kedekut even gaji isteri lebih besar dari gaji suami. Ini untuk mencapai keberkatan dan sunnah Rasul juga. Jika banyak share rezeki dengan isteri, pasti Allah gandakan lagi rezeki si suami. Si isteri pon pasti la happy dan akan sentiasa mendoakan suaminya dilimpahkan rezeki. Dan tak lupa la juga si isteri haruslah share juga rezeki ringankan beban suami. Sama2 happy so tak ada la bergaduh kan..
3. Susah senang bersama.
Janganlah time senang, kita lupakan pasangan kita. Ini biasa terjadi dalam rumahtangga. So, suami isteri haruslah bersusah senang bersama. Support each other. Jika suami susah, isteri bantu beri sokongan padu. Dari situ, suami akan lebih bersemangat untuk terus majukan keluarga. Begitu juga jika si isteri dalam kesusahan, si suami haruslah bantu ringankan beban si isteri. Janganlah bila isteri susah, terus cari orang lain. Haiyak! Banyak kes perceraian sebab kan hal sebegini. MashaAllah!
4. Elak share hal rumahtangga dengan orang luar.
YES! Ni sangat penting ye. Kita seeloknya DILARANG share dengan orang luar termasuklah family sendiri lagi2 kawan. OH NO! Sangat bahaya! Ini untuk elakkan timbulnya fitnah, kebencian pada pasangan dan orang ambil kesempatan atas family kita.Jika kita share dekat orang luar contoh kawan kita ke, nanti bila isu da habis, pandangan orang luar or kawan kita terhadap pasangan kita jadi lain. Bila berjumpa da jadi awkward moment la pula nanti kan. People never forget!
5. Doakan untuk pasangan.
Tak payah la nak guna nasi kangkang! Semata-mata nak suruh suami ikut cakap dan kehendak kita sebagai isteri. Seeloknya kita MENDOAKAN untuk suami kita. Jika kita marah2 dan bersangka buruk dengan suami, benda tu takkan berubah. Jika kita doakan untuk suami, kita PASTI akan bersangka baik sebab yela time doa kita minta baik2 je kan. Inshaallah pasti yang baik2 je dapat. Allah akan gerakkan hati dia untuk kita. Doa yang ikhlas pasti dimakbulkan.
6. Bahagikan tugasan dalam rumah untuk ringankan beban bersama.
Sangat PENTING! Sebab si suami ingat kerja rumah hanya si isteri je buat. Tak boleh ok. Sekarang sama2 cari rezeki jadi, tugasan dekat rumah pon haruslah kena buat bersama. Barulah adil. Kalau tak, kesian la si isteri. Kepenatan memanjang. Balik kerja da kena settlkan kerja rumah sorang2. Si suami terbongkang rehat. Amboi! Seeloknya bahagikan tugasan. Tulis dekat whiteboard and gantung baru ingat! Si suami basuh baju. Isteri tolong sidai. Si suami angkat kain. Si isteri tolong lipat baju. Isteri sapu sampah. Suami lak tolong mop. Isteri masak. Suami tolong basuh pinggan. Jadi, boleh la settlekan kerja rumah sama2 dalam masa yang singkat. Penat pon sama2. Bila buat sama2 jadi mudah! So tak adalah bergaduh tak puas hati sebab tak ada yang tolong buat kerja. Bertolak ansur sikit okeh!
7. Gaduh macam mana pon jangan asingkan tempat tidur.
Gaduh besar ke kecil ke. Jangan sesekali asingkan tempat tidur atau tidur bilik berasingan. Jika tidur berasingan, time ni la syaitan membisik dekat suami untuk ceraikan isteri. Syaitan membisik dekat isteri untuk bencikan suami. MashaAllah! Benda ni la paling kita kena elak. Kalau gaduh or marah2 ke, janganlah lama2. Cepat2 ambil wudhuk. Mengadu pada Allah. Paling ok pon, tengok la anak2. Mesti cepat je rasa cool tu. Pastikan jangan gaduh depan anak2 ye. Trauma diorang nanti. sebab biasa anak2 yang bermasalah punca dari mak ayah yang sering bergaduh dan bermasalah. Elakkan lah!
SEMPENA ANNIVERSARY FOUNDER MERMATTE YANG KE-9 3 MAC 2021
Setiap Pembelian MERMATTE TREASURE BOX yang bernilai RM100 (NP : RM117) akan dapat FREE COTTON FRUITY TINT (ada 3 warna) bernilai RM38!
TERHAD 15 BOX SAJA!!!
8 am - 12 am harini!
Apa yang best MERMATTE TREASURE BOX ni, u guys akan dapat
1 code Foundation Pro Coverage bernilai RM39 ,
2 sample perfume bauan Flora dan Bombshell,
Stay Matte Translucent Loose Powder MERMATTE bernilai RM49 dan juga
Eyebrow Pencil On Point MERMATTE bernilai RM29.
WOW sangat! Dalam satu harga dapat 7 barang plus pula FREE Cotton Fruity Tint ni. Syok abes la nak melaram. Nak buat gift pon bole sangat sebab box dia pon da cantik sangat la. Pos terus ke depan rumah buat surprise!
RM100 saja!!!!
Ni LIMITED sempena ANNIVERSARY FOUNDER MERMATTE ya!
Boleh hadiahkan dekat isteri uguys sempena anniversary ke, birthday ke!
Mesti tersenyum je isteri sepanjang hari.
Jangan lupa share dekat sahabat2 semua. Thanks!
🤩 wow promosi kaw2❤️❤️
ReplyDeleteHappy Anniversary Founder Mermatte dan Somi, SEMOGA KEKAL HINGGA KE JANNAH...Aaminn YRA 🤲🤲
happy anniversary pn jaha semoga berkekalan till jannah. suka tgk
ReplyDelete