Tuesday, March 9, 2021

Bagaimana Parut Jerawat Terjadi & Jenis2 Parut Jerawat yang WAJIB Anda Tahu!


 BAGAIMANA TERJADINYA PARUT JERAWAT?



STRESSS NYA DENGAN PARUT JERAWAT!

Bila parut jerawat penuh dekat muka, rasa tak confident nak keluar rumah bare hand. Even orang datang rumah kita pon, kita rasa segan. Mesti nak touch up guna concealer or foundation tebal untuk tutup parut jerawat. Stress kan! Bila la nak flawless skin ni!

ANDA WAJIB AMBIL TAHU INFO NI!

ASAL USUL JERAWAT


Jerawat dihasilkan akibat penghasilan minyak (sebum) yang berlebihan. Ini akan menyebabkan radang dan menyumbat pada pori-pori kulit yang pada mula nya hanya benjolan kecil pada kulit saja.

Jerawat biasanya akan terjadi pada bahagian badan yang mempunyai kelenjar minyak yang banyak seperti pada wajah, belakang badan, leher, atas dada dan punggung.

Acne scars - Parut jerawat akan terhasil apabila proses penyembuhan jerawat tidak sempurna. 

BAGAIMANA PARUT JERAWAT TERJADI?

Langkah Pertama : Pori Normal

Jerawat terjadi akibat pori yang tersumbat. Ia bermula dengan pengumpulan sel kulit mati dan minyak.

Langkah Kedua : Pengumpulan Sel Mati dan Minyak

Bila minyak dan sel kulit mati berkumpul dalam pori yang kecil, ia akan membuatkan pori tersumbat dan menghasilkan jerawat.

Langkah Ketiga : Jangkitan

Keadaan dalam pori akan menarik perhatian bakteria untuk membiak dan menyebabkan inflamasi pada lapisan kedua kulit iaitu dermis. Kesannya ialah JERAWAT.


Langkah Keempat : Inflamasi

Bila jerawat terjadi, inflamasi akan menyebabkan liang pori pecah dan terjadinya pustules (bernanah). Kesannya, kulit akan menjadi semakin rosak.

MENGAPA PARUT JERAWAT TERJADI?


PENYEMBUHAN TIDAK SEMPURNA

Sel-sel yang sihat spatutnya akan berusaha memperbaiki dan menghasilkan kembali kolagen dan elastin seperti asal. Namun, hasil daripada inflamasi pada jerawat, jangkitan bakteria pada jerawat menyebabkan PARUT JERAWAT!.

JENIS-JENIS PARUT JERAWAT

BOXED SCARS


☝ Terjadi akibat kerosakan kolagen disebabkan keradangan jerawat.

☝ Ditemui pada kawasan kulit nipis seperti pipi dan lain-lain.

☝ Bentuk luka seperti ini sering terjadi pada bekas cacar air.


HYPERTROPHIC SCARS



☝ Terjadi akibat penumpukan sel secara berlebihan dalam tubuh.

☝ Tekstur menonjol keluar permukaan kulit.

☝ Kolagen yang dihasilkan terlebih daripada sepatutnya dan menyebabkan parut.


ROLLING SCARS



☝ Tekstur kelihatan lebih berbeza daripada Icepick dan boxes scars.

☝ Tekstur naik turun dan tidak teratur.

☝ Disebabkan inflamasi kulit yang teruk dan kesan daripada parut jerawat ini akan menampakkan kulit lebih tua.


ICEPICK SCARS


☝ Boleh terjadi akibat kekurangan kolagen ataupon terlebih kolagen.

☝ Ditemui pada kawasan pipi, dagu dan rahang.

☝ Sangat dalam sehingga lapisan dermis kulit.

☝ Kesan daripada jerawat yang besar dan sakit.


Kenali parut jerawat anda, boleh cari solusinya. Yang pasti, setiap parut jerawat boleh dibaiki dan pudar, cuma makan masa cepat atau lambat je. Biasanya akan ambil masa dalam 4-6 bulan untuk hilangkan parut. Jika nak cepat, kena la ambil inisiatif certain produk untuk sapu di parut jerawat agar bantu parut cepat pudar dan jerawat tidak tumbuh semula di parut jerawat. 

Boleh tengok post lepas mengenai cara pulihkan kulit muka breakout, so boleh amalkan tips2 dan cari bahan yang bantu pudarkan dan cerahkan parut jerawat. KLIK SINI atau BACA SINI

Jika anda faham dengan jenis parut jerawat anda dan boleh kenal pasti, boleh share dan komen di bawah yaa..

Thanks.



1 comment: