Vitamin sangat penting untuk keperluan badan dalam dan untuk kulit. Tanpa vitamin, kita mungkin terdedah dengan penyakit plus imunisasi badan akan jadi lemah. Kita digalakkan ambil Vitamin2 ni setiap hari dengan dos dan kuantiti ikut keperluan badan masing2.
Antara Vitamin yang sangat penting untuk badan dan kulit kita ialah Vitamin A, Vitamin B3, Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin K.
Fungsi Setiap Vitamin pada Tubuh Badan & Kulit Muka
Vitamin A
Vitamin A mengandungi banyak antioksidan salah satunya betakaroten. Ia merupakan salah satu jenis karotenoid dalam Vitamin A yang terdapat pada sayur dan buah. Sebab tu jika ada Vitamin A yang secukupnya, kita pasti kelihatan awetmuda dan bertenaga seperti remaja. Contoh Vitamin A: Lobak Merah, Keju, Cili Benggala, Sayuran Hijau, Brokolli, Buah Oren, Telur Ayam dan banyak lagi.
Vitamin B3
Niacinamide merupakan salah satu bentuk Vitamin B3. Tubuh boleh memproduksikan nya ketika mengambil niacin dalam jumlah yang lebih besar dari yang sepatutnya ambil. Vitamin B3 ni sangat bagus untuk badan dan terutamanya kulit untuk dapatkan kulit yang tegang, sihat dan warna kulit sekata. Nak kulit cantik, boleh consume Vitamin B3 selalu ye. Contoh Vitamin B3 : Buah epal, oren, buah2 dari negara sejuk, bijirin, kekacang, buah kiwi, labu, oat dan banyak lagi.
Vitamin C
Vitamin C terdapat banyak manfaat antaranya untuk membantu tubuh untuk mengeluarkan kolagen, iaitu protein yang sangat diperlukan untuk membantu mencegah penuaan atau kedutan pada kulit, elok juga untuk penyembuhan luka, cantikkan kulit dan kelihatan jauh awetmuda.
Kebanyakan produk terdapat Vitamin C. Seeloknya dapatkan Vitamin C semulajadi seperti buah oren, tomato, buah kiwi, kobis, pisang, cili benggala, brokolli, buah anggur, bawang putih, lemon dan lain2.
Vitamin E
Vitamin E adalah nutrien dan antioksidan yang penting untuk improvekan tekstur kulit dan juga organ dalaman. Ia membantu meneutralkan radikal bebas, yang merosakkan sel dan mungkin menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Siapa amalkan Vitamin E setiap hari, akan bekalkan tenaga luar biasa, kulit lebih sihat setiap hari dan jarang terkena penyakit bahaya.
Contoh Vitamin E : Buah zaitun, minyak olive, bijirin, kekacang, telur, sayuran hijau.
Vitamin K
Vitamin K membantu meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel dan mungkin menyumbang kepada penyakit kardiovaskular, kanser dan penyakit lain. Biasa yang selalu ambil Vitamin K, akan berasa bertenaga, cergas dari biasa, jarang terkena penyakit atau jatuh sakit, dan susah nak cepat letih.
Contoh Vitamin K : Sayuran Hijau, avocado, buah plum, kacang peas, asparagus dan lain2.
So, jika anda nak badan yang sihat, cergas bertenaga, muka awetmuda, kulit cantik, sihat je dan bebas penyakit. Pastikan banyak ambil Vitamin A, Vitamin B3, Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin K. Seeloknya ambil Vitamin2 ni dari sumber semulajadi yang tiada campuran bahan kimia lain. Banyakkan makan sayuran hijau, buahan2 segar tempatan atau import. Sayuran dan buahan berkhasiat WAJIB dimakan setiap hari dalam kuantiti yang banyak lebih dari sumber karbohidrat masing2.
Jangan lupa share ilmu bermanfaat. Jom awetmuda, sihat dan cantik sentiasa! Kita amalkan sama2.Semoga dijauhi dari sebarang penyakit yang berbahaya. Amin..
No comments:
Post a Comment