Nak maju berkembang dalam bisnes biasanya memang kena ada ramai agent atau banyak dropship. Tapi, bila da ramai agen tak terjaga pula diorang. Sales masing2 pula takut kecundang or terkucil. Everything perlukan ilmu. So here sedikit ilmu untuk menjaga dropship/agen kita ok.
8 TIPS MENJAGA DROPSHIP / AGENT YANG SEMUA LEADER BISNES PERLU TAHU
1. Engagement dengan mereka.
Selalu berinteraksi dengan agent. Gunakan medium seperti whatsapp dan telegram untuk berkomunikasi. If dekat boleh ajak meeting or personal session. Kejutkan dan beri motivasi setiap hari kenapa mereka perlu berjaya KPI harini. Respon yang cepat, persoalan terjawab, masalah diselesaikan akan menjadikan team kita bersemangat dan kuat.
2. Sentiasa beri dorongan
Beri idea-idea baru, teknik baru, copywriting yang mudah untuk buat jualan. Tunjukkan pengalaman dengan adakan SOP jualan. Pengetahuan produk perlu diberi setiap hari. Agar agent/dropship memulakan kerja jualan dengan sesuatu yang fresh setiap hari.
3. 'Wake Up & follow up'
Call, PM dan whatsapp agent/dropship yang tidak aktif. Pastikan agent yang ada sentiasa berkualiti. Jangan dibiarkan sahaja mereka yang senyap ini berdiam diri tanpa follow up. Cari semula mereka and ambil berat mengenai mereka. Mana tahu ada masalah untuk berniaga ke.
4. Team binding
Tanamkan dalam minda semua agent/dropship semua orang adalah berlumba-lumba dan bukan bersaing. Minta ahli team yang aktif untuk sama berkongsi hasil dapatan harian. Kongsikan di media sosial. Tag rakan-rakan agent lain supaya mendorong mereka juga buat jualan hari ini.
5. Tanggungjawab
Agent masuk bukan percuma. Walaupun mereka beli produk dgn kita, kena bimbing utk pastikan produk itu terjual. Bantu beri idea dan contact agar mereka mudah untuk berusaha. Sentiasa dengar pendapat masing2 .Ya semua bergantung atas usaha mereka sendiri, tapi leader yang baik akan bimbing sampai mereka berjaya. Hidup kita bantu kaya dan memperkayakan diantara kita dan mereka. Bina suasana positif bersama.
6. Filter
Memang ada yang akan syahid di tengah jalan. Kalau semua sudah diberi, semua sudah dinasihatkan, coaching dan sebagainya, kalau tak buat, doakan saja. Jalan terus, buat rekrut baru. Usaha mesti dua belah pihak. Kalau tak jalan juga, termination adalah jalan terakhir. Slogan 'Kami tak tinggalkan sesiapa, tapi tak tunggu sesiapa' itu memang benar dan berkesan.
7. Turun padang
Jumpa agent2 di tempat mereka. Kenali mereka secara dekat. Korbankan masa supaya they all bole lihat effort kita untuk bantu dia. Fahami karakter dan perturunkan ilmu. Jangan rasa sayang duit dan masa turun mencemar duli. Ini menjamin motivasi agent untuk sentiasa berada dalam keadaan positif dan energetik.
8. Lahirkan 'leader'
Lihat potensi dikalangan agent yang boleh memimpin. Ini menjamin urusan kita akan lebih mudah dimana leader-leader ini akan ambil separuh dari tugasan kita. Mereka akan ganti tempat kita suatu hari nanti. Mereka akan duplicate cara kita. Nak they all follow kita, kita kena buat dulu and bagi contoh yang terbaik. Barulah dapat agent/dropship yang berkualiti.
Wow bestnya, nak join team Meematte lah coz semuanya kerjasama😘😘
ReplyDelete