Wednesday, March 10, 2021

Jeragat dan Puncanya : Jaga-jaga Siapa yang Kulit Kering!

Cuaca panas sekarang ni keadaan kulit semua tak menentu. But this time nak cerita special untuk yang berkulit kering. Walaupun kurang masalah jerawat timbul dekat muka tapi ada masalah lain yang kena hadap. Biasanya yang berkulit kering ni senang sangat nak naik jeragat. Jom kenal pasti apa itu Jeragat dan macam mana boleh adanya kulit jeragat ni.

Sebelum kita tahu mengenai jeragat kita tahu about kulit dan lapisan nya dulu. Baru kita lebih faham kenapa pentingnya penjagaan kulit ikut skincare yang betul.

Setiap orang ada 3 lapisan kulit, iaitu  Epidermis, Dermis dan Hypodermis.


3 lapisan kulit

1. Epidermis

Yang mana bahagian epidermis ni mambantu mengurangkan kadar kehilangan lembapan, dan ada sel melanin yg menentukan warna kulit..

2. Dermis

Ada sel2 penting seperti kolagen, dan elastik yang mana akan pegang struktur kulit dan store lembapan..

3. Hypodermis..

Tisu lemak dan veins (saluran darah)..

So, apa terjadi pada kulit kering?


Nampak tak perbezaan kulit setiap jenis kulit.

Jadi setiap penjagaan kulit ikut jenis kulit adalah tidak sama.


Kulit kering disebabkan beberapa faktor utama


1. Umur
Semakin berusia mmg air dlm kulit akan semakin sedikit dan kadar kehilangan lembapan makin cepat..

2. Persekitan/cuaca
Cuaca Malaysia yg panas lembap jugak penyebab utama kulit cepat kering..

3. Air.
Berendam atau mandi kerap pun akan buat muka cepat kering

4. Rokok/alcohol

5. dan lain2


Kulit kering akan buat muka cepat merah2, bersisik atau terasa kasar, cepat berkedut dan size pori yang tak berapa ketara..


Now nak bezakan kulit kering dan kulit dehydrated pula..


 Kulit kering maksudnya tak de air langsung, while dehydrated adalah kekurangan lembapan...

 JERAGAT 


Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi , hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.

Punca :

👏 Terdedah kepada matahari (UVB/UVA)

👏 Perubahan hormon / rawatan hormon 

👏 Penggunaan kosmetik

👏 Faktor keturunan 


Apa yang terjadi apabila kulit kekurangan Melanin?


Salah satu akibat bila kekurangan Melanin ialah Albino. Kekurangan pada salah satu daripada gen yang menghasilkan atau menyebarkan Melanin menyebabkan albinisme. Keadaan ini terjadi apabila tidak ada pengeluaran Melanin atau penurunan jumlah pengeluaran Melanin.


Bagaimana Jeragat Terbentuk ?

Melanocyte dalam kulit ni tugasnya mengawal perubahan warna kulit (pigmen). Menghasilkan Melanin yang akan mengawal warna kulit, mata dan rambut. 

Situasi :

Semasa kulit terdedah kepada matahari, Melanocyte akan bekerja untuk melindungi kulit kita dengan menghasilkan Melanin.

Melanin - melindungi kulit kita dari sinaran UV.

Kulit akan menjadi gelap apabila sunburn kerna banyak Melanin yang akan dihasilkan oleh Melanocyte.

Kenapa Kulit Kering Senang Terjadinya Jeragat?

Bila kita terkena cahaya matahari, dia akan sejat air dan lembapan pada kulit.. Sebab tu la kulit kering sering dikaitkan dengan jeragat sbb kulit akan memanggil askar2 dari melanocytes untuk lindungi air dr disejat.. dan melanocytes ni la akan duduk kat permukaan kulit dan jadi la jeragat


Jeragat yang muncul akan terus berada pada permukaan kulit dan tak akan hilang kecuali kita melakukan proses bersalin kulit. Sebab tu penting nya MOISTURISER dan SPF PROTECTION

Nampak tak beza Melanocytes kulit Gelap dan kulit Cerah ?


Mereka yang berkulit gelap, akan ada more active Melanocytes sebab Melanin dibuat dalam Melanocytes.

Kesan daripada krim timbang kilo pon boleh menyebabkan jeragat sebab untuk mencerahkan kulit selalunya krim ni akan merosakkan melanin kita. Dan menyebabkan kulit kurang daya tahan dan mudah terbakar dengan sinaran UV.


Kalerful Ye Produk Timbang Kilo

Jadi, korang boleh pilih skincare yang sesuai. Untuk kulit kering boleh gunakan skincare yang the best berkualiti seperti LUMIVIE Mary Kay, NUTOX Anti Aging, Hada Labo, Nihon Skincare for Dry Skin. Pastikan bukan produk timbang kilo ye.

Pastikan Mosituriser yang ok dan SPF Protection yang digunakan sesuai dengan kulit. Foundation yang sesuai untuk kulit berminyak dan juga kering macam MERMATTE. Walaupun produk tempatan tapi bahan berkualiti dan made from Korea.


No comments:

Post a Comment