Sunday, March 28, 2021

Batu Permata di Malaysia

 

BATU PERMATA DI MALAYSIA

Batu permata adalah mineral atau batu yang dibentuk hasil daripada proses-proses geologi. Unsur batu ini terdiri daripada  satu atau beberapa komponen kimia yang bernilai tinggi. Ia perlu dibentuk dan digilap terlebih dahulu sebelum dijadikan barangan perhiasan terutama untuk wanita. Nilai eksklusif pada batu permata ini menyebabkan sebahagian daripada batu berkenaan saja boleh mencecah harga jutaan ringgit.

BATU PERMATA BERASASKAN MINERAL

Batu berasaskan mineral ada dua kategori:

BATU BERHARGA (Sukar ditemui terdiri daripada 4 jenis:)

1. Intan atau Berlian

-Batu permata paling terkenal

-Menghasilkan kilauan yang cantik apabila digilap

-Batu permata paling keras

-Terdiri daripada pelbagai warna iaitu jernih, putih, biru, kuning, merah, hijau, merah jambu, perang dan hitam.

2. Zamrud

-Batu permata paling berharga dalam kumpulan 'Beryl'

-Berwarna hijau dan hijau tua

-Semakin pekat warna hijau dan lut sinar semakin tinggi nilainya

-Batu yang banyak kepercayaan kononnya memberi kebaikan dalam hidup seseorang

3. Delima


-Sejenis batu berwarna merah

-Batu ini tersangat keras dengan bacaan sembilan skala Mohs (mengukur kekerasan galian)

-Harga batu ditentukan dengan tahap kekerasan, warna, kejernihan, potongan dan karat.

-Batu delima yang terbaik mempunyai warna merah yang terang dan pekat.

4. Nilam


-Dikatakan menjadi simbolik kepada kesetiaan, kepercayaan, martabat dan ketenangan

-Kebiasaannya berwarna biru tetapi ada juga berwarna kuning, ungu, oren dan hijau (jarang)

-Memiliki kekerasan yang luar biasa iaitu sembilan pada skala Mohs.

BATU SEPARA BERHARGA

1. Garnet


-Kumpulan mineral yang digunakan sejak zaman tembaga sebagai permata dan bahan pelelas

-Kebiasaannya dijumpai berwarna merah tetapi boleh didapati dalam beberapa warna lain seperti oren, kuning, hijau, biru, ungu, perang dan sebagainya.

2. Kuarza


-Mineral paling biasa dijumpai

-Terdapat pelbagai warna seperti kelabu, kuning, merah jambu dan ungu

-Terdapat dua kategori iaitu makrokristalin(hablur boleh dilihat dengan mata kasar) dan mikrokristalin (hablur yang hanya boleh dilihat di bawah)

3. Kalsit


-Warna pelbagai seperti putih, kekuningan dan kelabu

-Kegunaan utama adalah dalam pembuatan optik, simen dan peralatan pendingin.

BATU PERMATA BERASASKAN BAHAN ORGANIK

1. Batu Amber


-Resin (bahan lekit berwarna kuning atau coklat yang diperoleh daripada pokok tertentu) pokok fosil boleh berusia 30 hingga 90 juta tahun.

-Diukir menjadi barangan perhiasan

-Adakalanya terdapat serangga dan tumbuhan di dalam batu amber ini menjadikan harganya lebih tinggi

-Dijadikan barangan kemas sejak 13,000 tahun lalu

2. Mutiara


-Satu-satunya batu prmata yang diperoleh daripada haiwan bercangkerang seperti tiram

-Selain digunakan sebagai perhiasan, mutiara juga dihancurkan dalam penghasilan barangan kosmetik

-Difahamkan, perhiasan mutiara dipakai seorang puteri Parsi sejak 520 Sebelum Masihi

3. Coral


-Diperoleh dari laut pada kedalaman lima hingga 48 meter

-Terdiri daripada warna merah jambu, merah, putih dan jingga


Lokasi tersimpannya Batu Permata :

-Pahang
-Kedah
-Kelantan
-Terengganu
-Perak
-Sabah


Jika infi ini berguna, boleh share dekat teman2. Boleh buat rujukan if nak beli batu permata. Aum!













No comments:

Post a Comment