Wednesday, March 24, 2021

Cara Dapatkan Modal Untuk Permulaan Berniaga

 Sekarang ni ramai yang berniaga untuk cari pendapatan lebih. Tak kesah la yang bekerja atau surirumah, niaga da jadi satu keperluan zaman sekarang2 lagi2 musim Covid ni, sangat2 memerlukan pendapatan lebih.

Ini antara cara untuk dapatkan modal permulaan berniaga :

1. Simpanan sendiri

Jika anda ada simpanan sendiri, disarankan untuk bermula berniaga dengan menggunakan duit simpanan sendiri. Tak kesah la simpanan dari ASB ke, Tabung Haji ke atau bank2 lain yang boleh dikeluarkan untuk buat permulaan modal saja (sebelum tu kena pastikan betul2 la plan untuk meniaga apa, cara nak kembangkan bisnes dan asingkan duit modal and untung). Dengan ini, anda tak rasa beban dan susahkan orang lain.




2. Pinjam Family

Jika family anda memang sejenis supportive dan berkemampuan boleh la pinjam dengan family sendiri tapi pastikan kena ada target untuk bayar semula. Kalau boleh better pinjam dengan mak ayah atau pasangan atau adik beradik. Sedara mara tidak disarankan takut diungkit di kemudian hari jika ada masalah nanti. Slow talk dan bincang cara nak bayar semula atas persetujuan masing2. Nanti bagi la sedikit untung dekat they all. Mesti ada agreements even family pon. Sebab tak nak gaduh antara family sendiri nanti. Seeloknya jangan pinjam dengan kawan2!



3. TEKUN

TEKUN kini ada buka peluang untuk peniaga2 khususnya untuk buat pinjaman yang besar minima dalam 5k macam tu (tak pasti boleh contact cawangan TEKUN di tempat masing2 TENGOK SINI ) Ada jadual pembayaran balik semula untuk peniaga yang buat pinjaman ikut kemampuan masing2. Jadi sebelum buat pinjaman pastikan pilih perniagaan yang betul2 kita boleh run dan menguntungkan. Jika tak, pening kepala nak bayar semula pinjaman di TEKUN. Ada sesi interview juga nanti untuk pihak TEKUN tahu plan bisnes masing2 dan ada juga pinjaman berkumpulan.



4. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Khususnya untuk para surirumah atau peniaga wanita saja! Ada meeting setiap minggu dan jadual pembayaran balik semula setiap minggu ikut kemampuan masing2 (ada jadual dan boleh pilih bayaran semula). Kehadiran meeting pula seeloknya 80% kehadiran dan pinjaman permulaan sebanyak RM3k saja dulu then baru boleh pinjaman selebihnya. Masa pembayaran 3bulan, 6 bulan, 9 bulan, 12 bulan dan setahun setengah ke dua tahun (utk pinjaman besar) Maximum boleh buat pinjaman dalam RM20k saja itupon setelah bertahun pinjam dengan AIM. Boleh pergi cawangan pusat berdekatan masing2 (biasanya dibuat di balai atau surau taman masing2). Ada banyak khairat dan insurans yang boleh claim. Dan ada kumpulan masing2 untuk jaga amanah sesama sendiri. Jika suami nak pinjam, boleh minta isteri apply dan hadir ke meeting pusat setiap minggu. Duit pinjaman akan dapat selepas 2 minggu pembentangan.


5. Personal Loan Minima (BANK)

Personal Loan actually tak digalakkan sebenarnya untuk buat as modal perniagaan permulaan tapi bila da nampak strategi n plan bisnes untuk settlekan loan, baru boleh ok. And untuk permulaan bisnes modal untuk loan better buat 5k je limit. Tak perlu banyak2. So if ada bisnes yang perlukan modal lebih dari tu better jangan buat loan bank ok. Start mana yang ada je dulu. Untuk keje goverment nak senang Bank Rakyat. Kalau swasta better Public Bank. Yang kerja sendiri kena sertakan document lengkap dan SSM. Boleh try dekat CIMB atau bank lain.




6. Gaji Sendiri

Boleh e nak start bisnes apepon janji guna apa yang ada je dari duit gaji. Ada je modal bisnes starting murah contoh jadi agent or stokis MERMATTE ke, modal tak sampai 300. 100 lebih pon boleh start, janji ada komitmen usaha. Sebab everything bab bisnes plan, modul jualan and marketing HQ MERMATTE da settlekan. Agent just share je dekat kawan2 and social media. Start je dengan apa yang ada ok. Nanti untung banyak boleh tambah modal sikit2.



7. Dropship

Kalau tak ada bajet, kenalah start dari dropship je dulu. Sebelum tu kena la guna produk or barang yang kita nak jual supaya lebih feel and lebih laju jual nanti. Untung dari dropship jangsan sesekali guna nanti da terkumpul da boleh buat jadi agent pula guna duit untung dropship tadi. Banyak platform and bisnes boleh start dengan dropship la. Minat atau tak je. Nak senang boleh dropship dengan SHOPEE atau barang dari China. Nak tahu cara camne, boleh beli EBOOK lengkap dengan EBOOK DROPSHIP Ebook serendah RM10 je tau. Nak tak nak je.



AMARAN KERAS: Jangan buat PINJAMAN AHLONG ye teman2! Sangat2 tak disarankan sebab akan menyusahkan diri sendiri dan family sendiri nanti di kemudian hari. So sesesak mana NEVER PILIH AHLONG! Banyak pilihan yang kita boleh buat selain dari tu.

Dengan siapa kita pinjam or beri pinjam, mesti ada hitam putih dan cop akuan sumpah! Itu baru betul. 

Jomlah kita berniaga. Sebab dengan meniaga je boleh dapat duit lebih. Pastikan anda minat dan guna strategi yang betul untuk dapatkan untung lebih ok. Settlekan hutang semuanya dalam masa yang singkat. 

Nak jadi team MERMATTE? Boleh direct MERMATTE HQ

Thanks all semoga info ni bermanfaat. If nak share cara lain bole komen bawah.

1 comment: