Saturday, March 13, 2021

TEMPAT MAKAN SARAPAN, TENGAH HARI DAN DINNER YANG SEDAP DI MELAKA

 

Melaka ni banyak tempat makan yang viral dan sedap tau. Kadang kedai biasa tepi jalan tu la yang paling sedap dan harga berpatutan. This time nak share tempat makan sarapan, lunch dan dinner yang memang sedap di melaka yang tak ramai sangat tahu. This time WAJIB try ok!


5 TEMPAT SARAPAN SEDAP MENARIK DI MELAKA

1. Nasi Lemak Lereh


Lokasinya berdekatan berhadapan dengan Sek Keb Lereh. Kedai tepi jalan je. Kebiasaannya memang penuh dekat sini tapi jangan risau, tempat makan pasti mencukupi. Selain nasi lemak yang sedap, pelbagai kuih muih pon ada kat sini. Setiap hari pelbagai kuih muih tradisional ada dekat sini tau. Katanya owner ada buat catering. Sebab tu la nasi lemak dia memang sedap plus dengan lauk ayam goreng dia, sambal sotong dia. Pergh! Sedapnya. Wajibtry! Dekat dengan jalan menghala ke Pantai Klebang ye.



2. Nasi Lemak Warisan Bachang


Nasi Lemak Warisan ni berkaler hijau so rasanya lebih lemak dan wangi dari biasa. Kedai tepi jalan dekat Bachang menghala ke bandar melaka. Lokasinya Jalan Tun Perak (Jalan Kenanga). Kalau datang ni kena datang awal, kalau tak, berderet panjang orang sanggup tunggu. Roti canai dia pon sedap. MESTI TRY!

3. Murtabak Cheese JUMBO Sungai Putat


Selain Murtabak Cheese JUMBO dia yang bole makan 2-3 orang nih, ada juga nasi lemak, sate, lontong, roti canai dan makanan bergoreng. Kedai memang ramai orang tempat duduk banyak tapi cepat habis tau. So laku habis!

Lokasi dekat Sungai Putat menghala ke Trafic Light IPD Ayer Keroh. Memang tepi jalan je kedainya.


4. Mee Bandung Sungai Putat


Mee Bandung dia memang padu. Kalau tak comot memang tak sah la kalau makan kat sini. Berselera betul hirup kuah mee bandung dia yang padu tu! Udang pula besar2 and boleh request nak tambah udang tau. Selain mee bandung, ada juga sate, lontong dan nasi ayam. 

Tepi jalan je dekat Sungai Putat berdekatan dengan Mango Float Sungai Putat yang viral tu. 
Cuma kedai dia kecik sikit, so if ramai u guys kena la beratur. Recommended buat mereka yang rindukan Mee Bandung Muar! Mai datang pagi2 tau.


5. Nasi Lemak Petron Tanjung Kling


Nasi Lemak Petron ni memang sedap. Sekali makan berkali2 nak lagi. Ayam goreng dia memang rangup plus dengan ikan bilis dia rangup. Selain tu ada soto, sup kaki ayam, lontong dan makanan bergoreng. Semua sedap2 tau! Tepi PETRON Tanjung Kling je. Memang ramai orang suka makan dekat sini. Berdekatan dengan Pantai Puteri. Dulu nama kedai ni Nasi Lemak ESO Corner. So ESO sekarang da tukar PETRON jadi la Nasi Lemak PETRON.


5 TEMPAT MAKAN TENGAH HARI SEDAP DI MELAKA

1. Teh Ais Madu Bard



Nampak biasa tapi rasanya luar biasa bak hang. Nih memang tak pernah tak berselera bila datang sini. Mesti nak makan nasi cincang dan teh ais madu dia berbuih kaw2 tu. Huishhh Biasa makan brunch terus kat sini sebab pagi pon dia da buka.

Lokasi bersebelahan dengan sebuah pondok madrasah apa ntah lupa lak nama dia. Jalan highway menghala ke Stadium Hang Jebat Melaka. DEkat2 situ jela. Nanti try la mai sini.. Parking tepi jalan ada nak parking dalam madrasah pon boleh. Padu oii!



2. Kuali Ais Sungai Udang




Suka makan lunch dekat sini. Ala2 Windmill makanan sedap2 ala2 hotel tapi harga berpatutan. Portion banyak and macam2 makanan western bergoreng ada dekat sini. Yang best, ais dia letak dalam kuali kecik. Sedap makan panas2 sekarang ni ha!

Lokasi berdekatan dengan Family Store Sungai Udang belakang PETRONAS tu. Kedai dia bahagian hujung2 sikit. Memang padu and biasa time lunch hour memang penuh. Kedai beraircond tau!


3. Q-Qus Kitchen Bandar Melaka


Femes makan dekat sini, nasi daging ujang dia. Sedap padu dan murah! Kalau amek pakej couple RM20 macam dalam gambar ni tau FREE 2 gelas air tembikai.

Lokasi berdekatan dengan AEON MALL Melaka. Sederet dengan Naarabelle Spa berdekatan dengan SEN HENG. Q-Qus KItchen ni kedai makan corner je di bandar Melaka. Memang puas hati!


4. Cawangan Itik Salai Dapur Kayu (Bachang)


Macam2 salai ada dekat Dapur Kayu ni. Daging salai itik, daging lembu, ayam, ikan keli, ttel semua ada. Dalam tempayan. Memang kaw kuah dia pekat likat padu and boleh tahan pedas. Puas hati makan salai sini haa. Lunch hour memang full house la kat sini.

Lokasi sederet dengan Leezo Cafe atau Chanteqgojesbeautyspa. Tepi highway menghala ke Masjid Al-Azhim Melaka lepas Melaka Sentral je. Simpang masuk jalan ke sini lepas NAGOYA ok. Jangan terlepas simpang nanti. Very recommended nak makan lunch salai padu! Ada juga lauk pauk lain yang terliurk tau!


5. Ikan Bakar Malim Ayer Keroh




Makan tengah hari dekat sini pon best. Pelbagai masakan jenis lauk untuk makan tengah hari di sini. Lebih 30 jenis masakan lauk. Pilih laa. Termasuk yang fresh ikan bakar. Segala jenis ikan ada. Korang request je nanti siap dia hantar dekat meja. Puas hati la makan tengahari besar kat sini.
Harga pon affordable. Ada tempat beraircond bertututp dan ada tempat open. Lunch hour memang penuh sebab dekat dengan kawasan office2 MITC.

Lokasi kedai dekat tepi corner lot je menghala ke MITC HOTEL. Type jela Ikan Bakar Malim. Makanan sini memang sedap2. Pasti kenyang dan licin!


5 TEMPAT MAKAN MALAM SEDAP DI MELAKA

1. Nasi Lemak Hijau Ujong Pasir



Suka makan nasi lemak hijau Ujong Pasir ni sebab nasi dia berlemak sambal padu. Ikan bilis crispy betul. Lauk2 dia memang crispy rangup bergoreng dan puas hati sangat! Harga agak mahal sikit tapi berbaloi ok sekali sekala makan sini!

Lokasi dia berdekatan dengan Kampung Portugis Melaka. Ke dalam sikit gerai dia, tak berapa besar. So uguys nak datang lepas maghrib tu cepat2 mai dekat kedai. Kedai open 5.30 pm. Parking susah sikit dekat area kedai ni sebab jalan kampung sempit. Biasa ramai yang tapau je. Boleh contact NASI LEMAK HIJAU UJONG PASIR

2. LEEZO Container Cafe





Berdekatan dengan NAGOYA MELAKA. Tepi highway ke Masjid Al-Azhim dari Bandar Melaka. Puas hati sangat makan dekat sini mostly western. Pakej pon murah dan berbaloi! Semua sedap2 tak ada yang tak sedap. No wonder la ramai giler dinner dekat sini. Nak cepat uguys datang la jam 5.30-8pm macam tu. Lepas isyak memang da start penuh da makan dinner sini.  Very recommended. Banyak cawangannya kat tempat lain tau!

3. ASAM PEDAS TANJAK SONSANG  Duyong


Gerai dia gerai biasa je tepi jalan. Tapi asam pedas dia semua padu! Segala jenis asam pedas ada dekat sini. Asam pedas tetel, telur mayong, ikan pari, ikan keli.. Macam2 laa. Ada satu lagi cawangan baru dia dekat Peringgit. Berbaloi makan. Tak pandang kiri kanan da makan panas2 huishh!

Ni kedai Tanjak Sonsang dekat Duyong.

4. FLOYDS KITCHEN Bandar Melaka




FLOYDS KITCHEN ni dekat bandar Melaka deret kedai berhadapan AEON Melaka. Belakang SENG HENG tak silap. Memang sedap la makan western dekat sini. Da la kedai cantik ala2 hipster. Portion banyak. Berbaloi2 makan dengan kawan or family. Tempat pon cozy gitu. Kipas besi besau.
Very recommended yang nak wstern sedap area bandar selain LEEZO CAFE.
Parking pon banyak.

5.  Astana Puteh Masjid Tanah




Tempat dia memang khas untuk wedding event actually tapi open untuk orang ramai makan dinner here. Meja makan bulat macam dekat wedding event. Tempat cantik terapung siap ada kolam ikan koi besar bak hang dengan deruan air terjun. Tempat pon luas. Tepi jalan dekat menghala ke Bandar Masjid Tanah. Macam makan ala2 hotel. Dia punya hiasan hidangan tu memang perfect. Sedap betul la. Patot ramai recommended makan sini, buffet or catering dari Restoran Astana Puteh ni. Siapa nak kawen bole la request buat wedding garden dekat sini. Tempat cun!



Luar dalam cantik tau! Kalau malam gelap sikit la area situ. Lampu pon romantik gitu. WAJIB TRY!

Jangan lupa datang Melaka singgah MERMATTE HQ di belakang TESCO Cheng ok!

If bermanfaat or ada tempat sedap lagi di melaka komen and share la ye. Thanks.








 

No comments:

Post a Comment